Sunday, January 17, 2010

12 Feb 2010 - Lotus F1 Akan Dilihat Untuk Kali Pertama



Jika dilihat dari kemampuan teknologi, jentera Lotus F1 bukanlah asing bagi dunia permotoran Formula 1.

Baru-baru ini ada diumumkan, jentera F1 Lotus ini akan diuji pakai pada 12 Februari akan datang..nah, apa yang kita tunggu-tunggu selama ni dah hampir sampai ke depan mata dan menjadi realiti.....kesian juga orang yang berada dalam team ni nak siapkan jentera ni, lebih kurang 5 bulan jek diorang kena set kan team dengan kereta yang boleh fight ngan kereta-kereta lain..

Sama-samalah kita tunggu kemunculan kereta ni, yang pastinya warna dia bukan warna pelangi yang dibuat model dulu tu, gila pe nak pakai kaler tu, tenggelam iklan ngan warna semelesia ...credit to paultan.org for the picture


Sunday, April 6, 2008

TeamCampro

TeamCampro....

Setahun sudah penubuhan kelab yang pada mulanya aku dan kawan2 aku lepak kat dalam www.zerotohundred.com. Pastu timbullah rasa apalah salahnya kalau2 aku mencuba menyatukan driver2 yang berkuasakan Campro dari Proton...Then aku pon secara seriusnya ngan kengkawan aku berkecimpung dalam pembikinan satu kelab yang aku fikir satu hari nanti akan memartabatkan kompeni kereta nasional kita, Proton....................Jadi terciptalah satu sejarah penubuhan kelab yang bakal sohor kat tanahair kita, www.TeamCampro.com .

Kini, setelah setahun kelab ni berdiri sendiri, aku amat bangga kerana kitorang dapat secara langsung mengumpul hero2 yang terer2 dalam industri Campro ni....Banyak ilmu dah dicurahkan dalam kelab ni...aku bangga dengan hasil kerja aku ngan kawan2 aku...setelah setahun, Teamcampro telah melahirkan pelbagai hero seperti raja drag ngan raja litar.....lahirkan aweks2 pon ada gak....banyak kete bikin ada kat dalam web ni....so, aku rasa web ni berjaya...so, aku harap setahun penubuhan web ni, kita dapat sama2 membangun sebagai penyokong Campro Engine...